| PERHATIAN |
Assalammualaikum.Kepada Ahli SR MOTORSPORT.Mesyuarat Agong akan diadakan pada hari Rabu 16/5/2012 jam 8 mlm di dewan PBATM Kg Chokro. Kehadiran Wajib untuk yg berminat menyertai club secara rela dan tidak ada paksaan dr mana mana pihak. Sila beritahu Ahli Ahli yang lain.
Time: 14/05/2012 19:59:45 FB |
| tahniah Kepada Semua Marshall SR yang telah mendapat Lampu Strobe Marshall Semalam (10 Mei 2012). — di Restoran Zaid Simpang Renggam.. FBSR ADMIN10MEI12 | |
| 11 Mei 2012 Simpang Renggam. Pihak Kelab Berkereta SR telah menerima banyak aduan terhadap Mat Rempit Kelab Berkereta SR semenjak kebelakangan ini, Pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa pihak semenjak 1 Mei 2012 dan mendapati Logonya telah di guna pakai oleh sebuah Kelab Motorsikal iaitu SR MOTO CLUB. Pada 8 Mei Yang lepas pihak Atasan SR telah bermesyuarat dan pihaknya bersetuju untuk mengambil SR MOTO CLUB menjadi Ahli SR. Kelab Berkereta SR juga bersetuju menukar Nama Kelab kepada Kelab Permotoran SR berkuatkuasa Serta Merta. Namun Pihak Presiden SR MOTO CLUB memaklumkan kepada Pihak SR mereka tidak mahu Menjadi Ahli SR. Pihak Kelab Permotoran SR Terpaksa mengarahkan mereka memulangkan semua baju yang mempunyai Logo SR (80 Helai) dan menanggalkan semua sticker Logo SR dan Menutup Akaun Group Facebook SR MotoClub yang dikelolakan oleh presidennya Encik Shakir. Presiden Kelab Permotoran SR Saudara Zam mengesahkan laporan ini dan mengulas pihaknya telah membuat pertemuan pada 9 Mei 2012 Di Restoran Zaid, Bangunan Cemara bersama Encik Shakir dan 80% ahlinya tetapi mereka tidak bersetuju kerana Kelab Permotoran SR mempunyai Tapisan dimana tapisan itu terpaksa menolak permohonan Keahlian Jika permohonan itu tidak mempunyai Lesen Menunggang Motorsikal (B2). FBSR ADMIN11512 |
| 8 Mei 2012 Parit Raja. Mesyuarat ATASAN Kelab Berkereta Sr Telah diadakan, Keputusan Mesyuarat telah diputuskan dengan Muktamad. Masa Depan Dan Matlamat telah di sentuh dan ada yang telah diubah suai demi kepentingan ahli SR. Tunggu Tranformasi yang bakal berlaku dalam tempoh 36Jam lagi. Kepada Ahli SR sila bersedia demi Masa Depan Kelab kita. SR DULU, KINI & SELAMANYA. FBSR ADMIN8512 |
27 Mac 2012 Sanglang Pontian. Kemalangan Semasa Konvoi Mengiringi YB Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan Pada 24 Mac 2012 Diklasfikasikan pada Kemalangan akibat dari Penguna Jalan Raya lain. Kejadian Tersebut Berlaku Apabila Pihak Marshall SR telah Mengarahkan Kenderaan "Sebuah Teksi" Berhenti di bahu jalan akan tetapi kenderaan tersebut menigkari arahan tersebut apabila kenderaan pilot, VVIP Dan VIP1 melepasi kenderaan "Sebuah Teksi" dan terus masuk kelorong arah Pontian menyebabkan Kenderaan VIP2 mengelak dan terus melanggar pokok. Kenderaan VIP2 iaitu Penasihat Kelab Berkereta SR En. Selamat Bin Pardi. Pihak Marshall SR dan pihak Marshall N1 kesal dengan Kejadian Tersebut. Presiden SR saudara Zam berkata pihak SR akan mengadakan Kursus Marshall pada masa yang terdekat. Beliau turut Kesal dengan kejadian tersebut. Saudara En Selamat Bin Pardi pula Menghadapi kecederaan Pada tangan Kanan dan tiada kecederaan lain di laporkan. (ADMIN FBSR27M12) (Gambar FB Sharul Aqmal Mohamad) |
27 Mac 2012 Renggam. SR Motorsport Club Dengan Kerjasama N1 Motorsport mengiringi Yb Dato' Hj. Ahmad bin Hj. Maslan Dari Tol Simpang Renggam Ke Mini Stadium Renggam Bersama dengan 37 Unit Motosikal untuk menjayakan program Anjuran Puteri Umno. Tahniah Kepada Semua Ahli Marshall SR Motorsport Club Dan Juga Setinggi Tinggi Terima Kasih Untuk Unit Marshall N1 Motorsport Club. Satu Kerja Sama yang Bersejarah Untuk N1 Dan SR. (Gambar : Yb Dato' Hj. Ahmad bin Hj. Maslan bersama, Yb. Liang Teck Meng, Yb. Dtk. Hj. Abd. Hamid bin Abd. Rahman, Yb. Tn. Hj. Onn bin Mohd Yassin bersama kelab SR dan N1.) (Gambar Dari FB Ila Hasim) |
6 Mac 2012 SIMPANG RENGGAM. Kelab Berkereta SR Sekali lagi menghangatkan suasana apabila mereka dijemput untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin Pada petang 6 March 2012. Kelab Berkereta SR Diamanahkan untuk mengawal Sebanyak 470 Unit Motosikal Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam Pada hari tersebut. Kami amat berterima kasih pada semua yang terlibat untuk menjayakan program tersebut, Kata Presiden SR Saudara Zam.(Gambar Dari FB Ajak Roker) |
6 Mac 2012 SENAI. Penasihat Kelab Berkereta SR En. Selamat Bin Pardi Sedang Bersalaman Dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin Pada pagi 6 March 2012 Di Lapangan Terbang Senai Johor.(Gambar Dari FB Mohamad Aizzat) |
| |
|
| |